Thursday, October 16, 2025

Ketokohan Hajiji jadi trump card GRS, PRN Sabah

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah secara rasminya dibubarkan Isnin lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sekali gus menandakan bermulanya kempen paling penting dalam sejarah politik negeri itu untuk memilih kerajaan yang akan mentadbir nanti.

Persaingan kali ini bukan sahaja mengenai parti atau gabungan mana yang akan menang tetapi lebih penting lagi ialah tentang hala tuju sebenar negeri di bawah bayu itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selari itu juga, beberapa gabungan utama parti politik di negeri berkenaan turut mula memberi bayangan nama calon Ketua Menteri masing-masing iaitu Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin; Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ronald Kiandee atau Datuk Aliakbar Gulasan.

Namun, di sebalik nama-nama yang disebut, tumpuan sebenar kedudukan Ketua Menteri masih kekal kepada Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), figura yang membawa kestabilan negeri itu dengan pelbagai kejayaan terutama ekonomi dalam tempoh lima tahun mentadbir.

Transfromasi dalam corak pentadbiran

Kepimpinan beliau bukan sahaja dilihat sebagai inklusif dan tidak berpihak kepada satu kelompok, malah turut berjaya melakar pencapaian penting termasuk pelaksanaan Cukai Jualan Premium (CJP) dan menarik pelabur domestik dan antarabangsa ke negeri berkenaan.

Antara pencapaian yang diraih ialah kutipan hasil negeri selama tiga tahun berturut-turut iaitu 2022, 2023 dan 2024 hampir mencecah RM7 bilion, berbanding hanya RM3.59 bilion pada 2020 serta rizab kerajaan Sabah kini telah mencecah RM8.6 bilion.

Rekod kestabilan politik di bawah kepimpinan Hajiji iaitu sejak 2020 juga sangat baik dan jauh berbeza dengan pentadbiran sebelum ini yang menyaksikan kerajaan silih berganti ketika itu, sekali gus menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN (ADUN) Sulaman itu mempunyai rekod pentadbiran yang konsisten dan kukuh.

UMNO Sabah dan liabiliti Bung Mokhtar

Menyentuh mengenai bayangan diberikan BN Sabah bahawa Bung Moktar sebagai calon Ketua Menteri, gabungan itu dilihat lebih bersifat ‘kacau daun’ tetapi mempunyai liabiliti untuk kembali memimpin negeri berkenaan mengambil kira kes rasuah membabitkan ADUN Lamag kini masih berjalan.

Selain itu, rekod lama UMNO Sabah yang turut dikaitkan dengan politik feudal dan tidak adil juga dilihat masih sukar yakinkan pengundi bahawa mereka benar-benar bersih untuk kembali memimpin negeri.

Warisan popular tapi dibayangi kegagalan masa lalu

Warisan yang dipimpin Mohd Shafie antara parti terawal mengumumkan akan bergerak solo pada PRN Sabah Ke-17 dan akan bertanding di kesemua 73 kerusi, tidak dinafikan antara parti yang popular tetapi turut berdepan dengan kemelut dibayangi kegagalan lalu.

Usaha parti itu untuk menjadi alternatif kepada GRS begitu kuat, namun masih bergelut dengan rekod pentadbiran pada 2018-2020 yang dianggap gagal membawa perubahan besar termausk aspek ekonomi, luar bandar dan hasil negeri.

Individu yang akan memimpin PN juga masih kabur, meskipun ada pihak melihat Ronald antara tokoh paling berpotensi memandangkan beliau mempunyai rekod lama dalam politik nasional dan pernah menganggotai Kabinet kerajaan Persekutuan, namun kredibilitinya di peringkat akar umbi terutama di kawasan pantai barat dan pedalaman Sabah masih samar.

Hajiji jadi trump card GRS, PRN

DR BILCHER

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr Bilcher Bala berkata, imej Hajiji sebagai pemimpin yang stabil dan progresif sememangnya boleh memberi kelebihan kepada GRS, terutamanya dalam kalangan pengundi yang mengutamakan kestabilan politik dan kesinambungan pentadbiran.

Menurutnya, sepanjang tempoh pentadbirannya, Hajiji memperkenalkan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pembangunan holistik merangkumi pertanian, pelancongan, modal insan dan kelestarian.

“Beliau juga dilihat berjaya mengekalkan pentadbiran negeri walaupun berdepan krisis politik dalaman seperti penarikan sokongan oleh BN Sabah pada 2023. Namun, kelebihan ini hanya akan berkesan jika pengundi melihat bahawa kepimpinan beliau benar-benar membawa impak nyata kepada kehidupan mereka, bukan sekadar retorik politik.

“Kepimpinan Hajiji boleh dinilai sebagai pragmatik dan berorientasikan pembangunan. Beliau menunjukkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap politik, termasuk keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menubuhkan PGRS demi memastikan kelangsungan pentadbiran negeri,” katanya.

Ujarnya, kepimpinan Hajiji juga dilihat berjaya mengekalkan pentadbiran negeri walaupun berdepan krisis politik dalaman seperti penarikan sokongan oleh BN Sabah pada 2023.

Pengundi lihat calon, pilih kestabilan

Ditanya mengenai tingkah laku pengundi di Sabah dalam menghadapi PRN kali ini, Bilcher berkata, penerimaan rakyat dilihat bercampur antara harapan serta kekecewaan dan GRS perlu berusaha untuk menarik kembali sokongan rakyat.

“Secara keseluruhan, mood pengundi menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menilai semula prestasi kerajaan dan membuat pilihan berdasarkan isu tempatan dan kredibiliti calon,” katanya.

Sementara itu, Penyelidik di Geopolitik dan Kajian Pilihan Raya (GEOPES), Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad pula berpandangan, figura yang dimiliki Hajiji sebagai tokoh yang memiliki kombinasi pengalaman, penerimaan rentas kaum serta rekod pentadbiran boleh membantu GRS untuk mengekalkan kemenangan.

DR SYAHRUDDIN

Namun katanya, gabungan itu perlu memastikan usaha berterusan dilakukan untuk memenangni hati pengundi dengan tawaran manifesto yang dekat di hati rakyat, selain janji yang dibuat itu boleh ditunaikan.

“Atas kapasiti peribadi hajiji sememangnya mempunyai kelebihan untuk menarik sokongan pengundi memandangkan beliau duah 10 penggal bergelar wakil rakyat dan untuk bertahan dalam tempoh panjang itu pasti ada perkara yang dibuat beliau disukai rakyat.

“Tidak dinafikan Hajiji mempunyai kelebihan dari segi berkhidmat kepada rakyat dan atas sebab itulah beliau masih bertahan sehingga kini. Beliau juga dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan,katanya.

Melihat kepada situasi semasa politik di sabah ketika ini, GRS berada di kedudukan boleh dianggap mempunyai peluang untuk kekal menjadi kerajaan negeri selepas PRN akan datang dengan mengambil kira gabungan atau parti lain turut berdepan masalah tersendiri.

Ini kerana UMNO atau BN masih terbeban dengan isu Bung Moktar, manakala pula masih dibayangi rekod pentadbiran yang lemah ketika dipimpin Mohd Shafie, sekali gus peluang Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri masih terbuka.

Justeru, peluang yang ada ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh GRS untuk memastikan undi rakyat khususnya golongan muda diberi kepada gabungan itu untuk terus memimpin Sabah untuk penggal selanjutnya.

VOICE OF ASIA Editorial Note

At VOICE OF ASIA, we believe in amplifying the real voices of the people—especially those too often overlooked in national discourse. This article by Sinar Harian highlights a perspective from Sabah that resonates with our editorial mission: to go beyond headlines and politics, and shine a light on what truly matters to everyday Malaysians.

The original version can be found here.

Our Shows

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Other Articles