15 calon ‘heavyweight’ GRS perkukuh legitimasi di Sabah

0
108

Mencalonkan tokoh-tokoh berpengaruh oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini bukan sahaja mencerminkan strategi politik tetapi menunjukkan kuasa, legitimasi dan jaringan sosial terbentuk serta dipertahankan dalam struktur politik negeri.

Profesor Pusat Kajian Pembangunan Sosial dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Novel Lyndon berpandangan, tokoh ternama seperti Datuk Seri Hajiji Noor, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Tan Sri Anifah Aman dan Datuk James Ratib membawa modal politik terinstitusi iaitu gabungan reputasi, pengalaman serta hubungan sosial yang memberikan mereka kedudukan dominan dalam arena politik Sabah.

Beliau menjelaskan, pengaruh calon-calon tersebut perlu difahami melalui perspektif hubungan patron-klien terutama di kawasan luar bandar.

“Tokoh berpengaruh biasanya memiliki jaringan patronage yang luas dan mendalam, menghubungkan mereka dengan ketua kampung, pemimpin masyarakat, institusi keagamaan dan jaringan pentadbiran.

“Jaringan ini membentuk modal sosial seperti dijelaskan oleh Pierre Bourdieu, membolehkan mereka mendapatkan sokongan lebih efisien berbanding calon baharu.

“Dalam hal ini, kemenangan politik bukan hanya ditentukan oleh kempen formal tetapi pertukaran simbolik dan praktikal antara calon dan pengundi,” katanya kepada Sinar Harian.

1 – Tan Sri Pandikar Amin Mulia (N08 Pintasan)

2 – Datuk Seri Hajiji Noor (N12 Sulaman)

3 – Datuk Joniston Bangkuai (N15 Kiulu)

4 – Datuk Juil Nuatim (N27 Limbahau)

5 – Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (N28 Kawang)

6 – Tan Sri Anifah Aman (N30 Bongawan)

7 – Datuk Mohd Ariffin Arif (N31 Membakut)

8 – Datuk Isnin Aliasnih (N32 Klias)

9 – Datuk Dr Joachim Gunsalam (N36 Kundasang)

10 – Datuk Seri Masidi Manjun (N37 Karanaan)

11 – Datuk Rubin Balang (N43 Kemabong)

12 – Datuk Abdul Ghani Yasin (N46 Nabawan)

13 – Datuk James Ratib (N48 Sugut)

14 – Datuk Masiung Banah (N57 Kuamut)

15 – Datuk Norazlinah Arif (N63 Kunak)

VOICE OF ASIA Editorial Note

At VOICE OF ASIA, we believe in amplifying the real voices of the people—especially those too often overlooked in national discourse. This article by Sinar Harian highlights a perspective from Sabah that resonates with our editorial mission: to go beyond headlines and politics, and shine a light on what truly matters to everyday Malaysians.

The original version can be found here.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here