Terdapat dakwaan ada pihak yang sedang merancang untuk menggulingkan Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi membolehkan agenda mereka diteruskan termasuk memiliki hasil bumi negeri itu.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, rancangan itu dilakukan menerusi tindakan pihak berkenaan yang cuba memalsukan dokumen, melakukan rasuah dan mengugut Hajiji.
Menurutnya, sebab itu juga video memaparkan perbualan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dengan individu yang dipercayai bertanggungjawab merakam klip terbabit tersebar di media sosial.
“Sebenarnya individu berkenaan cuba untuk mendapatkan lesen bagi meneroka tanah di negeri Sabah seluas sejuta ekar namun tidak diluluskan. Jadi pemberi maklumat itu minta semula wang dia dan ada wakil rakyat sedia berbuat demikian.
“Dalam masa sama, terdapat ugutan ke atas menteri sekiranya kamu tidak meluluskan lesen ini, kami akan tumbangkan Kerajaan Sabah yang sedia ada dengan cara sebar video tersebut. Bagaimanapun, Hajiji beritahu saya yang beliau tidak akan tandatangan dan luluskan kerana keluasannya sangat besar iaitu sejuta ekar.
“Hajiji tahu sebenarnya ugutan ini akan memberi kesan sepertimana yang berlaku sekarang. Namun dia ambil keputusan untuk tidak mengendahkannya demi menyelamatkan hasil bumi Sabah,” katanya dalam program Interviu yang dihoskan oleh Haizir Othman di Dewan Karangkraf pada Khamis.

Tambah Zulkarnain, pihaknya sudah membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jelas mempunyai agenda terancam untuk menjatuhkan dan mengulingkan kerajaan sedia ada.
“Ini kerana, ia tidak dilaporkan terus kepada pihak berkuasa sebaliknya didedahkan terus kepada media.”
“Kita harus ingat dunia politik sekarang persepsi berada nombor satu dan fakta nombor dua. Fakta agar sukar mengalahkan persepsi jadi mereka cuba membina persepsi negatif,” ujarnya.
Beliau turut mengulas mengenai pendanaan politik yang difikirkan perlu jelas agar tiada isu berbangkit.
Katanya, sebagai wakil rakyat sudah tentu memerlukan kewangan yang stabil untuk berbakti kepada masyarakat.
“Saya sebenarnya agak tertarik dengan saranan beberapa ahli politik tentang pendanaan politik sebab masih tidak jelas khususnya di Sabah sedangkan mereka perlukan wang tunai agak banyak untuk operasi.
“Saya fikir mungkin agar rumit di pihak SPRM dan kita harap wakil rakyat ini diberi peluang untuk membela diri mahkamah. Jika mempunyai dana, saya tidak nampak ada masalah sebenarnya.
“Tengok parti lain, mereka buat majlis sudah tentu ada dana yang disumbangkan oleh pihak tertentu,”jelasnya.
VOICE OF ASIA Editorial Note
At VOICE OF ASIA, we believe in amplifying the real voices of the people – especially those too often overlooked in national discourse. This article, originally published by Sinar Harian, highlights a perspective from Sabah that resonates with our editorial mission: to go beyond headlines and politics, and shine a light on what truly matters to everyday Malaysians.
The original version can be found here.