Sunday, September 28, 2025

Shafie memang pakar beri alasan – Pemuda GRS

Seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sememangnya pakar dalam memberi alasan dan membuat penafian apabila timbul pelbagai isu melibatkan kepimpinannya.

Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone Kurum berkata, Mohd Shafie tidak lagi boleh diharapkan dalam membawa kemajuan kepada Sabah meskipun sudah lama berada dalam arena politik.

“Cukup lama dia sebagai Ahli Parlimen Semporna dan pegang pelbagai jawatan di Persekutuan namun Sabah masih ketinggalan. Sekarang baru cakap pasal pembangunan walhal bukan lagi zamannya.

“Kalau ikutkan beliau ini berlatarbelakangkan peguam. Jadi kalau bagi alasan memang pakar tetapi kesimpulannya tidak boleh diharap lagi,”ujarnya pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan penafian oleh Mohd Shafie dalam penglibatannya melupuskan pinjaman bernilai RM178 juta kepada satu pihak sebagai satu putar belit fakta yang disengajakan.

Sebelum ini, Sabah Development Bank Berhad (SDB), institusi kewangan pembangunan milik penuh Kerajaan Negeri Sabah telah memfailkan saman terhadap firma audit antarabangsa Ernst & Young PLT (EY) atas dakwaan kecuaian yang dikaitkan dengan kelemahan tadbir urus kerajaan negeri terdahulu sehingga mengakibatkan kerugian hampir RM1.98 bilion kepada institusi itu.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu menyebut EY gagal melaksanakan tanggungjawab audit dengan telus dan mengikut piawaian sewajarnya sepanjang tahun kewangan 2017 hingga 2022.

Jonnybone memberitahu, lebih baik GRS dikekalkan sebagai kerajaan bagi memastikan kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan negeri.

“Warisan boleh sertai GRS tanpa syarat jika mahu jadi macam Sarawak,” ujarnya.

VOICE OF ASIA Editorial Note

At VOICE OF ASIA, we believe in amplifying the real voices of the people – especially those too often overlooked in national discourse. This article, originally published by [ name ], highlights a perspective from Sabah that resonates with our editorial mission: to go beyond headlines and politics, and shine a light on what truly matters to everyday Malaysians.

The original version can be found here.

Our Shows

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Most Popular