Friday, September 19, 2025

40 peratus hak Sabah: GRS sudah lama perjuang, PN baru nak janji manifesto

Pada Jumaat lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk mengembalikan 40 peratus hasil Persekutuan yang diperoleh dari Sabah kepada kerajaan negeri sebagai salah satu komitmen utama dalam PRN akan datang.

Ujar beliau, janji tersebut akan diketengahkan dalam manifesto PN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, kenyataan Muhyiddin itu mendapat pelbagai reaksi kerana perkara tersebut tidak dilaksanakan ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebaliknya isu berkenaan ‘timbul’ ketika pilihan raya.

Malah Ketua Penerangan GRS, Joniston Bangkuai menyifatkan janji PN itu sekadar retorik politik semata-mata demi meraih sokongan pengundi.

Katanya, GRS sebagai parti tempatan lebih memahami keperluan memperjuangkan isu berkenaan misalnya menerusi sesi libat urus dengan Putrajaya yang menaikkan geran tahunan dari RM53 juta kepada RM600 juta tahun ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Ruslan Muharam berpandangan, tindakan PN menjanjikan penyelesaian isu 40 peratus hasil kutipan dari Sabah sekadar propaganda untuk menarik perhatian rakyat dan cubaan memujuk pengundi beralih sokongan kepada partinya.

RUSLAN

Tambah Ruslan,janji-janji PN sewaktu menjadi kerajaan sebelum ini juga belum tertunai, apatah lagi ingin menjadikan isu tersebut sebagai salah satu manifesto.

Tegas beliau, sejak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai manfaat dinikmati oleh rakyat dan kerajaan negeri Sabah di bawah GRS.

“Isu 40 peratus hasil kutipan ini sering kali dibangkitkan tapi tidak dimajukan secara sistematik.

Banyak janji tinggal janji dan tiada keputusan konkrit daripada kerajaan-kerajaan terdahulu.

“PN baharu sahaja mahu berjanji, tetapi GRS sudah bawa ke mahkamah dan meja rundingan.

“Ini cubaan untuk menunggang isu yang diperjuangkan GRS dan saya lihat usaha PN agak janggal,” ujar beliau.

Isu tuntutan 40 peratus hasil kutipan dari Sabah bukan perkara baharu kerana termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan sebagai hak negeri sejak termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sejak keberhasilannya apabila bayaran interim digandakan, sementara rundingan dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan tindakan perundangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu diteruskan.

Menurut Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung, perkembangan tersebut membuktikan GRS konsisten, tegas dan mempunyai strategi dalam melunaskan isu berkenaan.

LEE KUOK TIUNG

Kata penganalisis politik itu, PN dilihat cuba memposisikan parti mereka sebagai pejuang agenda tuntutan 40 peratus menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Menurut beliau, rakyat Sabah cukup skeptikal dengan isu tersebut setelah berulang kali ditabur janji-janji yang tidak pernah tertunai.

“Isu tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah bukanlah perkara baharu, malah ia menjadi isu sensitif bagi rakyat Sabah terutamanya kerana mampu menjadi ‘bara api’ yang membakar sentimen nasionalisme khususnya menerusi slogan `Sabah For Sabahan’.

“Jadi, saya melihat PN cuba memposisikan diri mereka kononnya sebagai pejuang agenda. Tetapi, saya percaya rakyat Sabah pasti menilai siapakah yang benar-benar berjuang dan mampu menunjukkan hasil.

“Kalau setakat janji mahu selesaikan isu ini, saya yakin susah untuk PN meraih sokongan dan kepercayaan rakyat. PN perlulah tunjukkan pelan perancangan yang konkrit bagaimana akan merealisasikannya sebab PN pun pernah jadi Kerajaan Persekutuan sebelum ini,” katanya.

VOICE OF ASIA Editorial Note

At VOICE OF ASIA, we believe in amplifying the real voices of the people – especially those too often overlooked in national discourse. This article, originally published by Sinar Harian, highlights a perspective from Sabah that resonates with our editorial mission: to go beyond headlines and politics, and shine a light on what truly matters to everyday Malaysians.

The original version can be found here.

Our Shows

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Most Popular